PENTADBIRAN AM JABATAN PERDANA MENTERI

Pentadbiran Am JPM yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Dan Sumber Manusia (BPPSM) telah disusun semula menjadi enam bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Kewangan dan Pembangunan (B.Kew), Bahagian Akaun (BA), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Bahagian Audit Dalam dan Unit Komunikasi Korporat (UKK).

Kesemua lima bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha dan Penasihat Undang-Undang. Struktur ini berkuatkuasa sejak Mei 2007 melalui Waran Perjawatan Bil. A 49 Tahun 2007 dan A 90 Tahun 2007.